Thursday, 03 28th

Last update09:32:56 PM

 

Selamat Datang Ke Portal Rasmi PSCSPSM

Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1438 Guru Utama dan Presiden PSCSPSM

Alla hu Akbar Alla hu Akbar Alla hu Akbar.
Selamat Hari Raya Aidul Fitri kepada seluruh warga Chekak dan warga Islam sedunia .

Hari Besar 1 Syawal  membawa kegembiraan bagi seluruh umat Islam.
1 Syawal hari berbahagia bagi orang yang merindui Ramadhan dan berjaya menunaikan puasa fardu Ramadhan dengan iman dan ikhlas bertakwa kepada Allah.
1 Syawal hari bersuka ria bagi orang yang berasa beban fardu Ramadhan.

Bagi orang yang berbahagia, 1 Syawal kembali kepada kesucian fitrah kejadian manusia, dengan keredaan Allah jua akan dapat merasai hati fitrah, akal fikiran fitrah, perasaan fitrah dan segala gerak laku keseluruhan yang fitrah …. Maka akan terpelihara dari kejahatan.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillallah Allahu Akbar

Disamping bergembira dengan kurniaan Allah, jangan pula kita lalai dari terus belajar menuntut ilmu dan beramal dijalan yang benar lurus .
Renungkan dimana diri sendiri ! sebagai seorang yang mengaku dirinya Islam :  ada kah dijalan yang telah di beri rahmat atau di jalan kena marah atau di jalan sesat ?

Hanya satu jalan yang telah diberi rahmat iaitu jalan yang dilalui oleh para Nabi dan Rasul serta keluarga dan para sahabat.
Jalan kena marah iaitu jalan yang di murkai dapat dilihat tanda nya pada orang yang pemarah tidak dapat dikawal, sombong, angkuh, riak, dendam, dengki khianat serta lain lain sifat mazmumah hasil beramal bukan cara manusia.
Jalan sesat pula ialah orang yang beramal tanpa ilmu atau ikut ikutan atau mengada adakan dan mengubah syariat, tariqat serta hakikat Islam.

Maksud firman Allah surah Al Baqarah ayat 285 dan surah An Nur ayat 51 “.... mereka berkata ! kami dengar dan kami taat “.

Alla hu Akbar Alla hu Akbar Alla hu Akbar walilla hilhamd.

Semoga Allah terima amal kami dan amal kamu. Insyaa Allah minal aminin.

Tabib Mohd Soleh Hussin
Guru Utama dan Presiden
Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping.

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 31, Lorong Keramat 19,
    Dato' Keramat, 54000 Kuala Lumpur,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tel:
    019.245.9154
    - En. Mohamad Junaidi bin Ishak
    Ketua Penerangan
    016.935.7922 - En. Elham Budi bin Mohd Rozali
    Setiausaha Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
    017.386.3826 - Pn. Norazizah binti Johar
    Ahli Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
Anda Di Sini : Home Guru Utama & Presiden Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1438 Guru Utama dan Presiden PSCSPSM