Friday, 08 23rd

Last update05:52:29 PM

 

Selamat Datang Ke Portal Rasmi PSCSPSM

Perutusan Hari Raya Eidul Fitri 1440 Hijrah

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1440H | PSCSPSM

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Walilla hilhamdu.
Allahumma solli 'ala habibi Ka Saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wasahbihi wasallim.

Aidilfitri 1 Syawal hari bersukaria.
Aidilfitri 1 Syawal hari berbahagia.
Aidilfitri 1 Syawal bulan mulia yang di namakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan wahyu Allah jua, membawa berita gembira bagi umat Islam seluruh dunia khas nya bagi orang yang berjaya menunaikan ibadat puasa fardu Ramadhan  kerana perintah Allah semata dengan harapan di terima sebagai 'muttaqin' iaitu orang yang bertakwa sepertimana maksud firman Allah  surah Al Baqarah ayat 183: " Wahai orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah di wajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa".

Setiap diri yang mengaku Islam , perhatikan jauh dalam diri sendiri dengan teliti apakah ada sifat takwa iaitu: taat, berhati-hati, takut, malu.

Taat: niat kerana Allah semata bermaksud mengerjakan suruhan suruhan ibadat dan meninggalkan larangan larangan atas sifat ketaatan akan perintah Allah ikut Rasulullah.

Berhati-hati: mengerjakan ketaatan ketaatan hendak lah belajar ilmu nya kerana apa jua yang hendak di kerjakan perlu ilmu yang berkenaan.

Takut: dapat merasai nya jika melakukan larangan secara tidak sengaja kerana tiada berilmu, lebih takut melakukan larangan dengan sengaja lagi takut meninggalkan yang di suruh.

Malu: dapat merasai nya lalu mengaku salah silap dalam mengerjakan ketaatan ketaatan dan mengaku sepertimana maksud hadis Nabi s.a.w. "setiap anak Adam ada  melakukan dosa dan sebaik baik orang yang berdosa ialah yang mengaku serta bertaubat".

Yang demikian, setiap orang yang mengaku Islam hendaklah berjuang belajar ilmu pengetahuan agama nya serta berjuang beramal dengan ilmunya bagi memperbaiki kehidupan dunia dan kebahagian akhirat.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Walilla hilhamdu.

Dengan itu, ambil lah Syawal yang mulia ini sebagai harapan mencapai kemuliaan di sisi Tuhan dengan rahmat belas ihsan keredaan NYA jua, selepas mengambil Ramadhan yang penuh berkat sebagai tapak mensucikan diri jasmani dan rohani pulang pulih kepada kesucian fitrah kejadian manusia.

Sesiapa yang mencari kemuliaan dunia ( atas jalan ibadat ), akan dihina di akhirat ! Al-HIKAM.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada ahli PSCSPSM dan seluruh umat Islam sedunia.
Semoga Allah terima amal kami dan amal tuan puan.

TABIB MOHD. SOLEH HUSSIN
GURU UTAMA dan PRESIDEN
PERSATUAN SILAT CHEKAK SILAT PAPAN SEKEPING MALAYSIA .
1 Syawal 1440.

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 61, Jalan 2/13, Block 1B,
    Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tel:
    013.376.6031
    - En. Ismail bin Hassan
    Ketua Penerangan
    018.359.5030 - En. Khuzairi bin Abdul Latif
    Pen. Setiausaha Agung
Anda Di Sini : Home Features Perutusan Hari Raya Eidul Fitri 1440 Hijrah