Saturday, 04 20th

Last update12:00:00 AM

 

Selamat Datang Ke Portal Rasmi PSCSPSM

Perutusan Hari Raya Aidiladha 2022|1443

Perutusan Hari Raya Aidiladha 2022/1443

Perutusan Hari Raya Aidiladha 2022/1443

ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﻭﻟﻠﻪﺍﻟﺤﻤﺪ

Selamat menyambut dan meraikan Hari Raya Kurban, Hari Raya Haji hari besar Eidul Adha 10 Zulhijjah.
Telah menjadi kebiasaan kita di Nusantara, budaya ziarah kaum keluarga sahabat handai pada Hari Raya, menyempurnakan solat sunat berjemaah di masjid atau di tempat lapang, menyembelih haiwan korban dan sebagainya.

Bagi orang yang tidak menunaikan ibadah Haji, di sunatkan berpuasa pada hari wukuf 9 Zulhijjah.
Puasa Hari Arafah atau Hari Tarwiyah amatlah digalakkan sebagaimana maksud sabda Nabi Muhammad Rasulullah SAW: “Puasa hari Arafah, aku mengharapkan Allah SWT mengampuni dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya,” – Riwayat Muslim.
Perlu di ingatkan 4 hari dalam bulan Zulhijjah iaitu pada 10,11,12 dan 13 telah diharamkan mengerjakan segala ibadah puasa selain pada 1 Syawal.

Hari wukuf atau Hari Arafah atau Hari Tarwiyah telah disyariatkan oleh Allah SWT yang dibawa oleh Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W  bermula dari gelincir matahari 9 Zulhijjah iaitu zohor hingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Ia hendaklah dikerjakan di Padang Arafah jua yang telah di iktiraf oleh Allah Azzawajalla sebagai tapak Haji.

Perutusan Hari Raya Aidiladha 2022/1443

Mengimbas al kesah Nabi Ibrahim A. S. yang digelar Bapa Syariat, 'berhenti'  di Arafah dalam perjalanan Baginda untuk menemui isteri nya Siti Hajar dan anakanda nya Nabi Ismail A. S.  Baginda Nabi merenung kembali mimpinya yang berturut-turut  dan dapat memahami maksud mimpi itu. Maka wukuf boleh diertikan tempat berhenti.
Ada pula kisah mengatakan Nabi Ibrahim telah di iringi dan dibimbing oleh Malaikat Jibril cara menunaikan manasik haji di situ. Apabila selesai, maka Jibril bertanya: "Adakah anta tahu?"  jawab Ibrahim: "Ya ".
Di Arafah juga terletak Jabal Rahmah dimana Allah SWT menemukan semula Nabi Adam A. S. dengan Siti Hawa setelah mereka di keluarkan dari syurga.

Para ulama' rahimahullah meriwayatkan Kalimah Taubat yang pertama turun atas muka bumi iaitu di puncak Jabal Rahmah yang terletak di Padang Arafah di kenali sebagai Taubat Adam.

رَبَّنَا ظَلَمۡنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". Al-A'raf: 23.

Bolehlah diertikan bahawa di Arafah, manusia mengenali Tuhannya dan mereka datang ke tempat itu untuk mengakui dosanya serta memohon keampunan. Maka apa juga ibadah pada hari itu tidak diragukan kerana ia hari yang dibanggakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.

Arafah antara hari yang dimuliakan oleh Allah SWT kerana ketika itulah berkumpulnya semua jemaah haji dalam keadaan penuh khusyuk mengabdikan diri kepada Allah SWT menadah tangan berdoa supaya dosa mereka diampunkan dan segala amalan diterima di sisi Allah SWT.

Maksud sabda Nabi Rasulullah SAW : "Tiada hari-hari yang dilakukan amal soleh padanya lebih dicintai Allah daripada 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah". Mereka (sahabat) bertanya: "Wahai Rasulullah, bukankah berjihad di jalan Allah lebih utama darinya?" Baginda SAW bersabda: "Bukanlah berjihad di jalan Allah itu lebih utama darinya, kecuali seseorang yang berjuang dengan dirinya dan hartanya, lalu ia kembali dengan tangan yang kosong tiada ganjaran." (Riwayat Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

Kemuliaan 10 Zulhijjah telah diakui Baginda SAW dalam sabdanya: "Tidak ada hari yang lebih mulia di sisi Allah, dan tidaklah paling disukai Allah di dalamnya melainkan dari hari yang sepuluh, maka perbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir." (Riwayat Tabrani)

ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﺍﻟﻠﻪﺍﻛﺒﺮ ﻭﻟﻠﻪﺍﻟﺤﻤﺪ

Selamat Hari Raya Haji dan Selamat berkorban buat warga Chekak dan seluruh warga Silat serta umat Islam sedunia.

Semoga Allah menerima amal kami dan amal tuan puan. Insyaa Allah.

Tabib M.Soleh Hussin
Guru Utama dan Presiden
Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia

"Menjana Jati Diri & Berakhlak Tinggi"

#silatCHEKAKsilatpapansekeping

 

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 31, Lorong Keramat 19,
    Dato' Keramat, 54000 Kuala Lumpur,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tel:
    019.245.9154
    - En. Mohamad Junaidi bin Ishak
    Ketua Penerangan
    016.935.7922 - En. Elham Budi bin Mohd Rozali
    Setiausaha Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
    017.386.3826 - Pn. Norazizah binti Johar
    Ahli Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
Anda Di Sini : Home Guru Utama & Presiden Perutusan Hari Raya Aidiladha 2022|1443