Friday, 03 29th

Last update09:32:56 PM

 

Majlis Perjumpaan Sempena Hari Tenaga Pengajar Ke-5 | PSCSPSM

 Majlis Perjumpaan Sempena Hari Tenaga Pengajar ke-5 PSCSPSM.

Hari Tenaga Pengajar 2017 | PSCSPSM

Alhamdu lillah dengan limpah kurnia rahmat Nya , Hari Tenaga Pengajar yang ke-5 Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM) telah diraikan pada 4hb Februari2017 bersamaan 7 Jamadil Awal 1438H, Sabtu 9.00
malam bertempat di Pusat Latihan Ibu Pejabat, Kg. Bharu, Kuala Lumpur.

Tahniah dan Selamat Bertugas untuk semua Tenaga Pengajar serta penerima lantikan semula juga lantikan baru sebagai Jurulatih dan Pembantu Jurulatih Silat Chekak Silat Papan Sekeping. Semoga kita bersama-sama menjadi sebahagian pendidik kepada masyarakat demi Bangsa, Agama dan Negara.

Tahniah  bagi  semua hadirin  dari serata  Tanah Melayu  terdiri dari Tenaga Pengajar ,   Ahli Tamat  dan  Ahli Demo   yang telah
di peturun kan beberapa Petua Jurulatih yang disampaikan oleh Yang Dihormati Tuan Tabib Mohd Soleh Bin Hussin (Pengerusi MTPT, Guru Utama dan Presiden PSCSPSM) sebagai hadiah atas berkhidmat, berpersatuan dan berkawan ibarat kata "Tak lapuk dek hujan, Tak lekang dek panas".

Semoga dapat diamalkan dengan berkat Allah jua serta bermanafaat dan disimpan kemas dalam mengharungi kehidupan . Insyaa Allah .

Menjana Jatidiri dan Berakhlak Tinggi.

Hari Tenaga Pengajar 2017 | PSCSPSM Hari Tenaga Pengajar 2017 | PSCSPSM Hari Tenaga Pengajar 2017 | PSCSPSM Hari Tenaga Pengajar 2017 | PSCSPSM

Hari Tenaga Pengajar 2017 | PSCSPSM

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 31, Lorong Keramat 19,
    Dato' Keramat, 54000 Kuala Lumpur,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tel:
    019.245.9154
    - En. Mohamad Junaidi bin Ishak
    Ketua Penerangan
    016.935.7922 - En. Elham Budi bin Mohd Rozali
    Setiausaha Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
    017.386.3826 - Pn. Norazizah binti Johar
    Ahli Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
Anda Di Sini : Home Aktiviti Setiausaha MTPT Majlis Perjumpaan Sempena Hari Tenaga Pengajar Ke-5 | PSCSPSM