Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM)
Silat Papan Sekeping diperkenalkan oleh pengasasnya, Ustaz Hanafi bin Haji Ahmad pada Mac 1975. Nama ini diberikan untuk menggambarkan keaslian dan kaedah silat yang ringkas tetapi padat dengan ilmu, ibarat satu keping papan yang kukuh.
Biodata Guru Utama
Mohamad Rahmat Bin Mohd Jawahir
Keturunan: Beliau merupakan keturunan Pak Hussin Kelantan sebelah Bapa dan juga keturunan Megat Terawis sebelah Ibunda beliau. Nama Gelar “Tun Rahmat” yang digunakan adalah berdasarkan salasilah Megat Terawis di Negeri Perak.