Tuesday, 05 06th

Last update05:31:32 PM

 

Selamat Datang Ke Portal Rasmi PSCSPSM

PERNYATAAN DAN PERINGATAN TEGAS PSCSPSM

 

 

 

PERSATUAN SILAT CHEKAK SILAT PAPAN SEKEPING MALAYSIA

NO. 31, LORONG KERAMAT 19, DATO’ KERAMAT, 54000 KUALA LUMPUR,

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

 

Website : www.silatpapansekeping.org.my




PERNYATAAN DAN PERINGATAN TEGAS PSCSPSM


Assalamu 'alaikum warah matulla hi wabarakatuh.
Bismilla hitawakkal tu 'alallah 
La haula wala quwata illa billa hil 'aliyil 'azim.

Diantara matlamat  Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM) adalah untuk mengambil bahagian dalam mendidik anak bangsa terutamanya orang Melayu dengan nilai-nilai ketuhanan dan kemanusiaan, membina jati diri agar berakhlak tinggi melalui penerapan adab-adab budaya bangsa Melayu dan Islam dengan memartabatkan budaya bangsa.

Adalah menjadi Dasar Persatuan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan PSCSPSM Fasal 15 Larangan;-

Persatuan tidak boleh terlibat, bergabung atau mengadakan hubungan secara terus dengan kegiatan politik atau menggunakan nama Persatuan dalam apa jua isu-isu politik yang bertentangan dengan dasar kerajaan.’

Segala pernyataan yang bertentangan dengan Fasal 15 ini adalah tertolak dengan sendirinya dan tidak diterima sebagai Dasar Persatuan.

Apa-apa juga perbuatan ahli PSCSPSM secara individu dalam bentuk tindakan, penulisan, fahaman politik dan apa-apa kefahaman lain atau penyertaan dalam mana-mana pertubuhan atau perhimpunan yang bertentangan dengan Undang-Undang Negara, tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada Persatuan.

Peringatan tegas juga kepada semua ahli PSCSPSM supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan Nama dan Logo Persatuan dalam penulisan atau artikel individu. Penulisan atau artikel individu yang merupakan ahli PSCSPSM di mana-mana saluran media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, Twitter dan sebagainya, bukanlah Pernyataan Rasmi PSCSPSM. Penulisan atau artikel individu tersebut adalah ditulis di atas pandangan sendiri.

Dengan ini saya, Guru Utama dan Presiden PSCSPSM mengingatkan kepada semua ahli PSCSPSM supaya memelihara hubungan baik, mencari yang baik dan menjauhi kebanyakan sangka. Pernyataan Dan Peringatan Tegas PSCSPSM ini dibuat bagi mengekalkan keharmonian dan perpaduan yang telah diusahakan oleh Guru-Guru terdahulu bagi meneruskan hala tuju Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia.

Adalah menjadi tanggungjawab semua ahli PSCSPSM memartabatkan Silat Chekak Silat Papan Sekeping ini sebagai budaya bangsa yang asli lagi bertanggungjawab bagi menerapkan nilai-nilai murni dan kecintaan kepada bangsa, agama dan negara.

  

Tuan Mohamad Rahmat Bin Mohd Jawahir,   

Guru Utama dan Presiden PSCSPSM.

 

 

5 Mei 2025.

 

NOTIS PERINGATAN : download disini

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 31, Lorong Keramat 19,
    Dato' Keramat, 54000 Kuala Lumpur,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tel:
    019.245.9154
    - En. Mohamad Junaidi bin Ishak
    Ketua Penerangan
    016.935.7922 - En. Elham Budi bin Mohd Rozali
    Setiausaha Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
    017.386.3826 - Pn. Norazizah binti Johar
    Ahli Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
Anda Di Sini : Home Features PERNYATAAN DAN PERINGATAN TEGAS PSCSPSM