Friday, 05 03rd

Last update12:00:00 AM

 

ARKIB UCAPAN | PSCSPSM

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA 2023/1444 H

 

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDUL ADHA  2023/1444 H

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar

Walilla hilhamdu.

 

Allahumma solli 'ala habibi Ka Saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wasahbihi wasallim.

Salamun 'alaikum bima sabartum fa ni'ma 'uqbad dar.


Hari raya Eidul Adha/Qurban adalah hari besar bagi umat islam seluruhnya. Di alam melayu ini, ibadat ini diumpamakan budaya pada pagi raya iaitu melaksakan solat sunat berjemaah di masjid dan menziarahi keluarga dan masyarakat.

Pada tarikh 9 Zulhijjah ini hari peristiwa Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa diturunkan dari syurga ke bumi di kawasan berlainan sehingga mereka bertemu semula di Jabal Rahmah, Arafah. Bermula pada 1 Nahar / 10 Zulhijjah dan 3 hari Tasyrik (11,12,13).

 Ibadah Qurban yang dilaksanakan pada Hari Raya Eidul Adha memperingatkan kita kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah SWT. Namun, selepas pedangnya Ibrahim diangkat dengan mata ditutupnya maka disembelihnya, alangkah besar Rahmat Allah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Allahhumma solli 'ala Muhammad. Daripada peristiwa ini, setiap tahun ketika Hari Eidul Adha maka umat Islam diseru melaksanakan ibadah qurban.

Di hari yang bersejarah ini qurban yang dilakukan umat islam ini adalah perjuangan pada setiap detik ketika dengan seluruh anggota badan dan segala anggota hati berkorban. Perjuangan dan pengorbanan yang besar ialah dapat melawan hawa nafsunya daripada melakukan perbuatan yang keji dan dilarang dengan niat suci ikhlas kerana Allah SWT

Eidul Adha bagi setiap orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya dikehendaki melakukan perbuatan ketaatan-ketaatan mengikut sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dan disampaikan oleh Rasulullah saw pada zahir dan batinnya iaitu taat apa yang diperintah dan meninggalkan laranganNya.

 

Selamat Hari Raya Haji dan Qurban buat seluruh warga Chekak, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat sedunia.

 

Guru Utama dan Presiden.

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 31, Lorong Keramat 19,
    Dato' Keramat, 54000 Kuala Lumpur,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tel:
    019.245.9154
    - En. Mohamad Junaidi bin Ishak
    Ketua Penerangan
    016.935.7922 - En. Elham Budi bin Mohd Rozali
    Setiausaha Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
    017.386.3826 - Pn. Norazizah binti Johar
    Ahli Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
Anda Di Sini : Home Arkib Arkib Ucapan SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA 2023/1444 H