Friday, 03 29th

Last update09:32:56 PM

 

Majlis Perjumpaan Sempena Hari Tenaga Pengajar ke-6 | PSCSPSM

Majlis Perjumpaan Sempena Hari Tenaga Pengajar ke-6 PSCSPSM.

Hari Tenaga Pengajar 2018 | PSCSPSM

Segala puji milik Allah jua dengan limpah belas kasihan kurnia rahmat Nya, Hari Tenaga Pengajar ke-6 Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM) telah dijayakan pada 3hb Februari 2018 bersamaan 17 Jamadil Awal 1439H, Sabtu 9.00 malam bertempat di Rumah Persatuan PSCSPSM, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor D.E.

Tahniah dan Selamat Bertugas untuk semua Tenaga Pengajar dan jurulatih serta pembantu pembantu Silat Chekak Silat Papan Sekeping. Semoga kita bersama-sama menjadi sebahagian pendidik anak bangsa.

Tahniah  bagi  semua ahli dari seluruh pelusuk Tanah Melayu yang telah di peturun kan beberapa Petua Jurulatih yang disampaikan oleh Yang Dihormati lagi Dikasihi Tuan Tabib Mohd Soleh Bin Hussin (Pengerusi MTPT, Guru Utama dan Presiden PSCSPSM) sebagai hadiah atas berguru, berkhidmat, berpersatuan dan berkawan. "Kita bersilat bukan pasal silat, kita bersilat pasal agama, bangsa dan negara."

Semoga dapat diamalkan bersama berkat guru, dengan karamah dan hikmah ibu bapa kita serta syafaat Nabi Rasulullah S.A.W. diiringi redha Allah jua dalam mengharungi kehidupan. Insyaa Allah.

Menjana Jatidiri dan Berakhlak Tinggi.

Hari Tenaga Pengajar 2018 | PSCSPSM Hari Tenaga Pengajar 2018 | PSCSPSM Hari Tenaga Pengajar 2018 | PSCSPSM Hari Tenaga Pengajar 2018 | PSCSPSM

Hari Tenaga Pengajar 2018 | PSCSPSM

Hari Tenaga Pengajar 2018 | PSCSPSM

Renungan

Wajib Menjaga Diri Sendiri,

Menerima Amanah Tuhan Rabbi,

Untuk Menjadi Mukmin Sejati,

Demi Menegak Islam Yang Suci.


Taat Ke Guru Membawa Berkat ,

Sedikit Belajar Banyak Yang Dapat,

Jika Menderhaka Mendapat Mudharat,

Semua Ilmu Tiada Yang Lekat.


Dari Mata Turun Kehati,

Tak Kenal Maka Tak Cinta,

Lain Dimulut Lain Dihati,

Adat Berkasih Hendaklah Setia.

Galeri Gambar

Hubungi Kami

  • Alamat Surat Menyurat:
    No. 31, Lorong Keramat 19,
    Dato' Keramat, 54000 Kuala Lumpur,
    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Tel:
    019.245.9154
    - En. Mohamad Junaidi bin Ishak
    Ketua Penerangan
    016.935.7922 - En. Elham Budi bin Mohd Rozali
    Setiausaha Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
    017.386.3826 - Pn. Norazizah binti Johar
    Ahli Majlis Tertinggi Pelajaran & Tatatertib (MTPT)
Anda Di Sini : Home Pengurusan Persilatan Setiausaha MTPT Majlis Perjumpaan Sempena Hari Tenaga Pengajar ke-6 | PSCSPSM